nuffnang

Sunday, 10 March 2013

Vanilla Twilight


Matahari semakin condong ke arah Barat menandakan waktu senja sudah tiba. Kelihatan seorang lelaki yang memakai T-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans paras lutut sedang duduk di balkoni rumah banglo yg tersergam indah di atas Bukit Topaz. MacBook Pro di hadapannya memainkan lagu-lagu kegemarannya. Memandangkan hari ini merupakan hujung minggu, dia mengambil keputusan untuk berehat di rumah sahaja. Sudah tidak larat untuk mengadap kerja yg berlambak di syarikat milik papanya. Sesudah saja dia berjaya menamatkan pelajarannya di German, papanya terus meminta pertolongan daripada Chad untuk membantu menguruskan syarikat tersebut.

the stars lean down to kiss you
and i lie awake i miss you
pour me a heavy dose of atmosphere ~

Chad terkaku sebaik sahaja MacBook Pro di hadapannya memainkan lagu yg membawa seribu makna dalam hidupnya.

cause i'll dose of save and soundly
but i'll miss your arms around me
i'll send a postcard to you dear
cause i wish YOU WERE HERE ~

Ingatannya kembali memutarkan memori hidupnya sebelum dia menyambung membuat master di German.

          "Aulia, jom keluar esok."
          "Okayy (:"
          "Nanti saya fetch awak dekat rumah okay?"
          "Okayy (:"

          iPhone di tangannya diletakkan di sebelah bantal. Gambar di dalam frame di atas kabinet di sebelah katilnya ditatap seketika. Gambarnya bersama Aulia di tepi pantai sewaktu mereka berdua pergi ke PD. Setelah puas menatap gambar tersebut, Chad merebahkan badannya di atas dan memejamkan matanya.

          "Aulia." panggil Chad. Matanya terus-menerus menatap wajah gadis itu.
          "Hmmmm.." Aulia mengalihkan pandangannya daripada memandang laut yang terbentang luas itu ke arah wajah Chad. Merah mukanya apabila mendapati Chad sedang merenung wajahnya.
          "Close your eyes." kata Chad dengan nada suara yang lembut.
          Tanpa bertanya apa-apa, Aulia terus menutup matanya. Chad mengeluarkan sebuah kotak baldu daripada poket jeansnya lalu ditunjukkan di hadapan Aulia
“Open your eyes now.”
Aulia terdiam seketika. Twist heart key pendant daripada Tiffany itu direnungnya. “I can’t accept this. Mahal sangat la Chad. Lagipun, Lia bukannya minat jewelry sangat pun.”
Inilah salah satu sebab mengapa Chad jatuh cinta pada Aulia. Aulia sangat tidak mementingkan harta benda. “It’s okay Aulia. Chad beli ni sebagai tanda cinta Chad dekat Lia. Okay?” Chad mengeluarkan pendant itu dari kotak baldu tersebut lalu dipakaikan di leher Aulia.
“Thank you, Chad. Thank you so much.” Ujar Aulia sambil tersenyum.
“You’re welcome, dear.”



i watch the night turns light blue
it's not the same without you
cause it takes two to whisper quietly ~

          Chad melihat jari-jemarinya. Serta merta hatinya dipagut rasa sayu. 

the silent isn't so bad
till i look at my hand and feel sad
cause the spaces between my fingers
are right where yours fit perfectly ~

          "Lia, Chad ada something nk bagi tau Lia." kata Chad ketika mereka sedang duduk di atas sebuah bangku di tepi tasik.
          "Apa dia?" Aulia memandang ke arah Chad.
          Tanpa mempedulikan keadaan sekeliling, Chad melutut di hadapan Aulia. "Will you marry me, Aulia Syahfitri Binti Zahrain?" Di tangannya terdapat sebuah kotak baldu. Sebentuk cincin dari Tiffany&co.terletak elok di dalamnya.
          "Oh my, i'm speechless." Senyuman indah yg terukir di bibir Aulia sudah cukup untuk memberikan jawapan kepada soalan Chad. “I do, Aliff Arsyad. I do.” Beberapa orang pengunjung yang sedang bersiar-siar di tasik tersebut memberikan tepukan kepada mereka. Aulia pula tersenyum malu. Kulit mukanya yang putih kini mula bertukar warna. Darah merah terasa menyerbu mukanya.
          Chad mengeluarkan cincin tersebut lalu menyarungkannya pada jari manis gadis itu.
          "Cantik. Thanks, Chad.” Mata Aulia mula berkaca. Air matanya bergenang.
          “Hish. Jangan la menangis.” Chad mengesat air mata Aulia yang bergenang di tubir mata gadis kesayangannya itu.
          "Jom balik." Chad sudah terlebih dahulu bangun dari duduknya diikuti oleh Aulia. Mereka berjalan beriringan. Hari ini merupakan hari yang sangat bahagia buat pasangan itu. Chad merasakan dirinya sungguh bertuah kerana berjaya memiliki gadis itu. Begitu juga dengan Aulia. Dia berasa sangat bertuah kerana cinta Chad hanya untuk dirinya.

i found repose in new way
thought i haven't sleep in two days
cause cold nostalgia chills me through the bane~ 

          Dia teringat kembali pertemuan pertamanya dengan Aulia. Ketika itu, dia masih lagi di bangku sekolah. Dia merupakan rakan sekelas Aulia namun mereka tidak pernah bertegur sapa.

          Chad, Shaz dan Ash berjalan menuju ke arah library. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam library, semua mata tertumpu ke arah mereka. Ada yg berbisik-bisik sesama sendiri. Ada juga yang bagaikan separuh mati melihat jejaka jejaka pujaan hati mereka itu berjalan melepasi mereka menuju ke arah rak buku yang disediakan. Mereka bertiga begitu terkenal di sekolah tersebut. Sentiasa cemerlang dalam bidang akademik dan juga dalam bidang sukan. Ditambah pula dengan status golongan berada, berwajah tampan dan bergaya. Siapa yang tak jatuh hati kan?
          "Ops. Maaf~. Saya tak sengaja." Kedengaran bunyi buku jatuh ke lantai disertai dengan suara lembut meminta maaf.
          "It's okay." Chad turut sama mengutip buku-buku Aulia yg bersepah di atas lantai. Shaz dan Ash pula hanya memerhati.
          Tiba-tiba, Aulia dapat merasakan jari jemari Chad menggenggam jari jemarinya. Dia memandang Chad dan Chad juga memandang wajahnya. Mereka terkaku seketika. Pandangan mata mereka bertaut buat beberapa minit.
          "Ehem." Deheman Ash membuatkan Aulia dan Chad kembali ke alam nyata. Aulia pantas menarik tangannya. Dia bangun dengan pantas, memohon maaf sekali lagi lalu beredar dari situ.
          "Chad, are u okay?" tanya Ash.
          Chad hanya menganggukan kepalanya. Cunnya budak tu. Kenapa before ni aku tak pernah perasaan ada manusia secantik dia kat sekolah ni? Dalam diam Chad mula menyimpan perasaan terhadap Aulia.

but drenched in VANILLA TWILIGHT
i sit at the front porch all night
waste deep in though because when i think of u
i don't feel so alone~

          Chad teringat kembali memorinya bersama Aulia. Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan setelah beberapa bulan mereka berdua menamatkan pelajaran pada peringkat degree. Ketika itu Chad baru saja mula bekerja di syarikat papanya. Jika dia tidak sibuk dan mempunyai waktu lapang, dia akan mnghabiskan masanya bersama Aulia di balkoni rumah banglo yang dihadiahkan oleh papa Chad sempena perkahwinan mereka itu sambil menyaksikan pemandangn pada waktu senja.

i don't feel so alone~

          Aulia, abang rindukan Lia. Sangat rindukan Lia.

as many time as i blink
i'll think of you, tonight
i think of you tonight~

          Setiap kali abang bangun daripada tidur, mesti abang teringatkan Lia. Wajah Lia, senyuman Lia, suara Lia, segala-galanya tentang Lia. "Lia, semoga Lia hidup dengan tenang di sana." Setitis air mata Chad mengalir di pipinya.

when violets eyes get brighter
and heavy wings go lighter
i'll taste the sky and feel alive again~

iPhonenya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Ketika itu, Chad sedang berada di dalam bilik mesyuarat.
          Sebaik saja dia keluar dari bilik mesyuarat tersebut, dia membaca mesej yang diterimanya 10 minit yang lepas, iPhonenya hampir melurut jatuh ke lantai. Nasib baik Ikhwan, rakannya yang setia berdiri di sebelahnya sempat menyambut iPhone tersebut daripada terus jatuh ke lantai.
          "Eh. Kenapa ni? Kau okay ke tak ni Chad?" tanya Ikhwan. Matanya beralih kepada screen iPhone di tangannya apabila Chad diam tidak menjawab soalannya. Mesej yang tertera di screen iPhone Chad itu segera dibaca. “Jom! Kita pergi sana sekarang.” Ikhwan menarik tangan Chad keluar dari bangunan itu. Sempat dia berpesan kepada setiausaha Chad. “Wani, we’re going to the hospital.”

          Sebaik sahaja mereka tiba di hospital, Chad berlari mencari wad yang dinyatakan di dalam mesej yang diterimanya sebentar tadi. Wad C7. Room 5. Ikhwan hanya mengikut dari belakang.
Ahh. Dah jumpa pun. Chad melangkah masuk ke dalam wad dengan tenang. Kelihatan ibu dan ayah Aulia serta mamanya yang memangku cahaya mata mereka, Ayuni, setia menanti di tepi katil manakala Aulia pula terbaring lemah di atas katil. Matanya tertutup menandakan gadis itu masih belum sedar dari koma. Chad segera menyalami tangan kedua mertuanya dan juga mamanya. Ayuni diambil dari pangkuan mamanya lalu didukungnya. Pipi anaknya itu dicium lembut. Kemudian, pandangannya ditala ke arah Aulia yang terbaring di atas katil. Hatinya sayu melihat keadaan Aulia. Seperti memahami perasaan Chad, mama dan juga mertuanya bangun dari duduk dan keluar dari bilik tersebut. Ayuni juga turut dibawa keluar bersama.
          Chad berjalan mndekati katil. Jari jemari Chad mencapai tangan Aulia lalu digenggam perlahan lantas dibawa ke bibirnya. Wajah isterinya itu ditatap lama. Dia tidak menyangka yang Aulia menyimpan rahsianya yang satu ini daripada pengetahuannya. Apabila membaca mesej yang dihantar oleh mamanya, dia bagaikan tidak percaya tentang perkara yang diberitahu oleh mamanya itu.

-Arsyad, datang hospital cepat. Aulia pengsan masa mama pergi
 rumah kamu. Doktor kata Lia menghidap leukemea. Stage 4-

          Selesai sahaja membaca mesej yang dihantar oleh mamanya itu, dia terkaku. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru dibacanya. Sedar-sedar, dia sudah berada di dalam Honda City milik Ikhwan. Dan kini dia berada di sisi isterinya yang sedang berperang antara hidup dan mati.
          Kenapa selama ini dia tidak perasan akan perubahan yang berlaku dalam diri isterinya itu. Patutlah sejak kebelakangan ini Aulia kelihatan letih dan lesu. Walaupun Aulia tidak menyatakannya, dia dapat melihat betapa isterinya itu kelihatan seperti tidak bermaya. “Jangan tinggalkan abang, Lia. Abang tak mampu untuk hidup tanpa Lia di sisi abang. Ayuni pun memerlukan kasih seorang ibu. I love you, Lia. Ayuni loves you too. Both of us love you very much.” Setitis air mata gugur di pipi Arsyad.

And I'll forget the world that I knew
But I swear I won't forget you
Oh if my voice could reach back through the past
I'd whisper in your ear
Oh darling I wish you were here.

“Papa, why’re you crying?” Suara anak kecil itu menyedarkan Chad dari lamunannya. Air mata yang mengalir di pipi dikesat dengan belakang tapak tangannya.
          “Takde apa, sayang.” Ayuni yang sedang berdiri di pintu balkoni itu dibawa ke dalam pelukannya.
          “Papa.”
          “Ye sayang.”
          “Papa rindu dekat mama tak?”
          Tangan Chad yang sedari tadi membelai rambut anaknya terhenti seketika. Anaknya itu seperti memahami perasaannya ketika itu. “Yuni rindu dekat mama tak?”
          “Rindu.” Anak kecil itu menganggukkan kepalanya.
          “Nak ikut papa pergi ziarah mama tak esok?”
          “Nak.”
          “Kalau macam tu pergi tidur okay?”
          “Okay. Good night, papa.” Ayuni berjalan menuju ke pintu bilik. “Err papa, can I sleep here? With you?”
          Chad tersenyum. “Boleh, sayang.”
          “Thank you, papa.” Ayuni berlari menuju ke arah katil. Chad turut berjalan menuju ke katilnya. Comforter ditarik sehingga ke paras dada anaknya itu.
          “Tidur okay, sayang?” Lia, abang janji abang akan jaga anak kita ni, satu-satunya harta paling berharga yang Lia tinggalkan untuk abang. Abang janji abang akan sayang dia sebagaimana abang menyayangi Lia. Abang akan jaga dia macam nyawa abang sendiri.

p/s : ini adalah cubaan pertama, 
harap maaf kalau ada yang tak suka :)
*mcm pantun pulak hehe*