nuffnang

Tuesday, 30 July 2013

Kawasaki Ninja Bumblebee : Intro

Nurul berjalan menuju ke Seven Eleven yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan Taman Batu Caves itu. Sebelah tangannya memegang dompet berwarna hitam dan sebelah lagi memegang HTC. Matanya ditumpukan pada screen HTC di tangan. Sesekali matanya memandang ke arah jalan. Memastikan yang dirinya selamat daripada tersepak batu mahupun dilanggar kereta yang melalui jalan raya tersebut. Khusyuk sekali dia membalas mesej Alia, sahabatnya semasa dia belajar di UPM dulu.

Pinnn!

“Oh mak kau meletup!” Astaghfirullahalazim. Bagaikan berhenti seketika jantungnya ketika itu. Nurul menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan si durjana yang sesuka hati membunyikan hon kepadanya namun yang dapat dilihat hanyalah sebuah Kawasaki Ninja berwarna kuning-hitam yang semakin menghilang dari pandangan mata. Sempat matanya membaca nombor plat yang tertera pada Kawasaki Ninja tersebut. Cis! Bawak motor laju bukan main. Tau la bawak superbike, tapi ni taman perumahan kut. Nurul menggelengkan kepalanya. Dompet yang terlepas dari pegangan tangan akibat terkejut tadi diambil. Kau pun satu la Nurul. Yang jalan tak pandang depan tu kenapa? Dah cukup lama hidup? Dah cukup amalan buat bekalan akhirat nanti? Sambil membebel, dia melangkah menuju ke Seven Eleven. Tapi kenapa rasa macam familiar je Kawasaki Ninja tu pada pandangan matanya?

“Selamat datang.” Ucap adik yang berada di kaunter pembayaran dengan nada yang cukup mesra pelanggan. Adik la agaknya kut sebab mukanya memang nampak muda. Macam baru lepas habis SPM.

Nurul memberikan sebuah senyuman kepada adik tersebut. Orang dah buat baik, kita buat baik balik la kan? Dia terus melangkah menuju ke mesin slurpee yang terletak tidak jauh dari pintu masuk. Itulah tujuan utama dia berjalan kaki menuju ke Seven Eleven tengah-tengah hari macam ni. Tekaknya menginginkan sesuatu yang sejuk dan slurpee menjadi pilihan. Tak pasal-pasal je dia kena hon disebabkan secawan slurpee ni. Tapi tak kisah lah asalkan dia dapat slurpee yang berwarna hijau itu.

Slurpee diletakkan di atas kaunter pembayaran. Matanya melihat segala coklat dan gula-gula bermacam-macam warna dan jenama yang tersusun di rak di hadapan kaunter tersebut.

“Ada apa-apa lagi kak?” adik yang menjaga kaunter tu bertanya.

Sekotak Tic Tac orange diambil dan diletakkan di atas kaunter. Kemudian Nurul mengambil satu bar Snickers. Juga diletakkan di atas kaunter. “Okay. Tu je.”

“Semuanya RM7.50”

Nurul membuka dompetnya. Sekeping not berwarna merah dihulurkan kepada adik yang menjaga kaunter pembayaran tersebut. Selepas dia menerima baki, dia terus melangkah keluar dari premis itu. Berjalan balik ke rumah. Kali ini dia menumpukan sepenuh perhatian pada jalan raya. Tak nak kena hon buat kali kedua weh!

***

“Nurul, jom lunch sama.” Tisya sudah siap sedia berdiri dihadapan meja Nurul.

“Ye. Kejap eh. Ada dua ayat lagi ni nak taip.” Jemarinya pantas menekan keyboard di hadapannya. “Okay. Siap.”

“Dah? Jom.” Tisya segera menarik tangan Nurul keluar dari pejabat tersebut. Mereka berjalan menuju ke lif.

“Kau nak makan apa ni?” Nurul bertanya sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam lif.

“Macam biasa kedai dekat depan bangunan ni. Mak cik tu punya masak lemak cili api memang terbaik lah!” Tisya memegang perut yang terasa lapar. Emm. Sedapnya kalau dapat makan sepinggan nasi dengan masak lemak cili api yang kaww tu!

“Okay okay. Apa kata kau belanja aku?”

“Apasal pulak aku kena belanja kau?”

“Sebab sebagai kawan baik merangkap teman serumah, kau mesti la buat baik dengan aku sekali sekala. Hahaha.”

Tisya buat muka. “Banyak la kau punya buat baik. Selama ni aku tak cukup mencurahkan kasih sayang dekat kau ke?”

“Bukan tak cukup. Kurang sikit je.”

“Hish. Kurang kasih sayang sungguh kau ni.” Tisya menggelengkan kepala.

“Kalau kurang kasih sayang daripada kawan awak ni, saya boleh bagi kasih sayang saya dekat awak.”

Erkkk. Siapakah gerangan empunya suara yang berkata-kata tu? Nurul menoleh ke belakang perlahan-lahan. Pehh pehhh! Dia terasa macam tengah melihat keindahan ciptaan Allah sekarang ni. Tapi siapa dia ni? Pekerja syarikat ni jugak ke? Macam tak je sebab dia tak pakai kemeja dengan slack mahupun kasut kulit hitam. Jaket kulit hitam dengan t-shirt putih bersama jeans berwarna biru gelap sudah cukup bagi menyerlahkan kekacakan lelaki rambut pacak-pacak ini.

Tisya yang berdiri di sebelah Nurul turut terdiam. Kaku seketika.

“Err.. a..awak ni siapa? Saya kenal awak ke?” tergagap-gagap Nurul bertanya. Lahai jantung ni pun. Bukannya masuk SUKMA pun nak berlari sakan.

“Awak mungkin tak kenal saya tapi saya kenal awak, Cik Nurul Syireen. Nama awak unik.” Segaris senyuman terukir di bibir lelaki tersebut.

Wow wow! Dia kenal aku? Stalk aku ke apa dia ni? Tiba-tiba Nurul rasa macam seram sejuk.

Ting!

Fyuh! Nasib baik dah sampai. Nurul segera menarik tangan Tisya agar keluar dari lif tersebut secepat yang mungkin. Dia ingin segera menghilangkan diri daripada pandangan anak mata hitam pekat itu.

“Babe, I think you have a stalker.” Tenang Tisya menuturkan semasa mereka sedang menikmati makan tengah hari.

“Merepek la kau ni.” Nurul mengacau air tembikai menggunakan straw berwarna biru itu. Makanan di hadapannya hanya berusik sedikit. Seleranya sudah terbang entah ke mana. Terbang bersama pandangan mata lelaki dalam lif tadi barangkali.

“Macam mana mamat tu boleh tau nama kau? Dia kawan kau ke?” Tisya terus menyuap nasi ke dalam mulut.

“I have no idea at all.”

“Makan la wei. Habis duit aku belanja kau ni.”

“Takde selera pulak tiba-tiba.”

“Ke kau nak mamat tadi tu yang belanja?” Tisya dah tersengih jahat.

“Takde maknanya! Makan cepat la. Aku nak pergi kedai buku depan tu kejap lagi.”

“Kejap la. Dah tinggal sikit je ni.” Tisya meneruskan suapan. “Kau pun makan la wei!”

“Takpe lah. Hari ni aku belanja kau. Esok esok je la kau belanja aku ye. Aku nak pergi bayar ni kejap.” Nurul berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Setelah selesai membuat pembayaran, dia berjalan semula menuju ke meja tadi. “Siap makan dah cik kak?”

“Dah dah. Jom lah. Nanti lambat masuk office pulak.” Tisya sudah bangun dan berdiri di tepi meja.

“Jom.”

Mereka melangkah keluar dari kedai makan tersebut dan terus berjalan menuju ke kedai buku.

“Eh. Ni la Kawasaki Ninja Bumblebee yang aku cerita dekat kau hari tu.” Dia panggil bumblebee sebab Kawasaki Ninja tu warna kuning-hitam. Macam lebah.

“Yang kau cerita dia hon kau tu ke?

“Haah.”

“Mana kau tau this is the one?”

“Plat number.”

Tisya buat mulut bentuk ‘O’. “Eh. Kejap. Aku rasa macam pernah tengok motor ni. Dekat mana ek?” Berkerut-kerut dahi Tisya. “Hah. Bukan kita selalu usha motor ni ke dulu masa dekat UPM?”

Giliran dahi Nurul pula yang berkerut. “Bila masa pulak ni?” Serious dia tak ingat.

“Masa foundation lah. Tapi masa degree dah tak pernah nampak motor ni. Sampai ke sudah tak tau siapa tuan empunya motor ni. Aku agak dia senior kita masa dekat UPM.”

Okay. Sekarang aku dah ingat. 5 tahun yang lepas kut aku duk mengusha motor ni. Patut la dah lupa. “Agak-agak tuan empunya Kawasaki ni ada dekat sini tak?” Mata Nurul melilau memandang ke kiri dan ke kanan.

“Kalau ada pun macam mana kau nak tau? Punya la ramai orang kat sini. Dah la. Jom masuk. Cari buku kau tu cepat. Beta dah penat ni. Nak solat lagi nanti.” Tisya menarik tangan Nurul masuk ke dalam kedai buku.

“Ceh. Kau ingat kau kerabat raja ke?”

“Eh. Mestilah.”

“Kerabat raja mana kau ni? Raja Gopal ke Raja Kapoor? Haha.” Terhingut-hingut bahu Nurul menahan ketawa daripada tehambur.

“Weh. Mamat dalam lif tadi tu ada dekat sini la. Serious aku rasa dia stalk kau.” Tisya berkata dalam keadaan berbisik.

“Gaya kau cakap macam la dia takde kerja lain sampai nak jadi stalker aku bagai.” Nurul mengambil sebuah novel yang tersusun di rak.

“Dia pandang sini la.”

“Biar la dia. Mata dia. Suka hati dia la nak pandang mana.” Nurul mengambil sebuah lagi novel.

“Dia pergi cashier.”

“Biar la dia. Jom. Aku nak bayar ni.”

“Eh. Dua je? Eh. Mamat tu dah blah la.”

“Dah tu? Kau nak suruh aku borong satu kedai ni ke? Biar la mamat tu nak pergi mana pun.”

“Boleh jugak. Boleh aku tumpang baca sekali. Haha.”

“Banyak pulak duit aku kan?” kan dah keluar nada perli dia tu. Nurul meletakkan novel-novel tersebut di atas kaunter. Sekeping not RM50 dikeluarkan dari dompet.

“Kak, abang yang pakai jaket kulit hitam tadi tu dah bayarkan.” Adik yang menjaga kaunter tu berkata sambil memasukkan novel-novel tadi ke dalam beg plastik.

Ohh. Nurul terdiam sekejap. Berapa banyak kali dia terdiam dan terkaku hari ni disebabkan oleh mamat yang tak dikenali tu. “Takpelah. Terima kasih ye, dik.” Not RM50 itu dimasukkan kembali ke dalam dompet. Beg plastik di atas kaunter diambil dan dia terus berjalan keluar dari kedai buku tersebut.

“Kau okay tak ni?”

“O..okay. Okay.”

“Sure ni?” Kedengaran riak risau dalam suara Tifa.

“Sure.” Nurul terus berjalan tanpa menyedari Kawasaki Ninja Bumblebee tu sudah tiada di tempatnya.

***

Reza memarkir Kawasaki Ninjanya di halaman rumah banglo tiga tingkat itu. Enjin dimatikan. Kemudian dia melangkah masuk ke dalam rumah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Puan Sri Suraya melangkah keluar dari dapur.

Reza segera melangkah mendekati mamanya. Tangan wanita yang berumur separuh abad itu dikucup perlahan. “Mama masak apa hari ni?” dia memeluk bahu mamanya.

“Pergilah tengok sendiri dekat dapur tu.”

Reza segera melangkah ke dapur. “Wow! Ayam masak merah. Favourite Reza. Mama memang terbaik la.” Reza memeluk mamanya.

“Ada-ada je kamu ni. Saja la mama masakkan untuk kamu. Nanti dekat Manchester tu takde la kempunan sangat nak makan.”

“Ala. Mama buat Reza rasa macam tak nak fly pulak.” Reza buat muka sedih.

“Jangan nak mengada. Siapa suruh apply nak buat master dekat sana? Dah dapat tak nak pergi pulak.” Puan Sri Suraya memukul perlahan lengan anaknya.

“Sakit la mama.” Reza menggosok lengannya. Padahal takde la sakit sangat pun. Sengaja nak bermanja dengan mamanya.

“Konon nak lari dari ex-girlfriend kamu tu.”

“Eh. Mana ada. Reza nak jugak pengalaman study dekat overseas macam abang. Time degree kan Reza study dekat sini je. Ni time master nak la pulak merasa belajar dekat negara orang.” Padahal memang betul pun. Tak larat nak melayan perempuan tu. Elok-elok aku sayang kat dia, dia pergi bercinta dengan orang lain. Bila dah kena tinggal mula la terhegeh-hegeh nak cari aku balik. Tak tau ke aku dah jumpa awek baru. Ye je kau ni. Memang la kau suka kat dia. Tapi dia suka kat kau ke?

“Suka hati kamu la. Jangan lupa diri dekat sana nanti sudah. Ni bila fly ni?” Puan Sri Suraya memandang anak lelakinya itu. Dia sebenarnya tak kisah pun anaknya itu nak belajar di mana. Baginya, masing-masing dah besar dan sudah pandai membawa diri. Malah sudah tahu baik buruk sesuatu perkara. Pandai-pandailah buat keputusan sendiri.

“Next month, mama. Mama ni pelupa la. Kan Reza dah bagi tau hari tu.” Reza menuturkan dengan nada bergurau.

“Alah. Kamu nanti dah tua pun jadi pelupa macam mama jugak.”

Reza tersengih.

“Bagus jugak la kamu nak sambung master. Dah berapa lama kamu habis degree tapi tak nak kerja. Asyik merayap je. Daripada kamu terus merayap macam tu baik sambung belajar.”

“Yelah mama. Reza nak naik atas dulu.”

“Yelah.”

Reza terus memanjat tangga menuju ke biliknya dia tingkat dua. Pintu bilik dibuka dan ditutup semula setelah dia melangkah masuk. Jaket kulit hitam dibuka dan dicampak di atas sofa. Kemudian dia merebahkan tubuhnya di atas katil. iPhone di dalam poket seluar ditarik keluar. Home button ditekan. Dia merenung screen iPhone buat seketika. Gambar yang diambil secara curi-curi itu ditatapnya seketika sebelum screen iPhone kembali gelap. Home button ditekan sekali lagi. Tak puas rasanya merenung wajah gadis yang semakin mendapat tempat dihatinya itu.

Dia teringat kali pertama dia berjumpa dengan gadis itu. Gadis itu sedang khusyuk melihat telefon bimbit di tangan. Dia ingat lagi wajah terkejut gadis itu apabila dia sengaja membunyikan hon Kawasaki Ninjanya ketika itu. Dia dapat mengagak mungkin berbakul-bakul sumpah seranah diterimanya daripada gadis itu.

Kali kedua pula semasa di syarikat papanya. Waktu itu, sengaja dia datang ke office papanya untuk mengajak papa dan abang makan tengah hari bersama-sama. Dia tak menyangka langsung akan bertemu dengan gadis itu buat kali kedua. Bagai ada aura daripada gadis itu yang menarik-narik dirinya supaya mengenali gadis itu dengan lebih mendalam. Maka, dia meminta pertolongan abangnya dan hasilnya kini dia tahu nama gadis tersebut dan dimana dia tinggal. Dia juga tahu dia masih ada peluang kerana gadis itu masih belum berkahwin.

Dan sebentar tadi, dia bertemu lagi dengan gadis tersebut. Sebenarnya sudah banyak kali dia bertemu dengan gadis itu cuma baru tadi dia berani untuk bertegur sapa dengan gadis tersebut. Peristiwa di dalam lif dan di kedai buku kembali berlayar di mindanya.

“Kalau kurang kasih sayang daripada kawan awak ni, saya boleh bagi kasih sayang saya dekat awak.”

Dia dengan beraninya menuturkan ayat tersebut. Ayat yang telah membuatkan gadis itu terdiam, terkejut malah tergagap. Dan sungguh dia rasa macam nak ketawa apabila melihat wajah gadis itu.

Kemudian semasa di kedai buku, dia perasan gadis itu mengambil dua buah novel dari rak buku. Tanpa berlengah dia menghulurkan sekeping not RM50 kepada adik yang menjaga kaunter pembayaran kedai buku tersebut.

“Dik, duit ni untuk buku akak yang dekat sana tu.” Dia menunjuk ke arah gadis itu dan adik yang menjaga kaunter tu hanya menganggukkan kepala.

Tok!Tok!

Bunyi ketukan di pintu biliknya menyedarkan Reza dari lamunan. Luminox Valjoux Field Chronograph Watch di pergelangan tangan dilihat sekilas. 6.00 petang. Lama jugak aku mengelamun. Dengan malas dia bangun menuju ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas. Wajah Razif, abangnya menyapa pandangan mata. Pintu bilik dibuka luas bagi memberi ruang kepada Razif untuk masuk ke dalam.

“Baru balik kerja ke?” Pintu bilik ditutup.

Razif melangkah ke arah sofa. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa kulit berwarna putih itu. “Haah. Kau barang-barang semua dah cukup? Ada lagi yang takde ke?” Walaupun Reza sudah besar, Razif tetap megambil tahu tentang adiknya itu. Itu je lah pun satu-satunya adik dia.

“Dah. Jangan risau la. Aku dah 24 tahun dah. Pandai pandai la aku settlekan mana-mana yang takde lagi tu.”

Razif mengangguk. “Hmm. Kalau kau tak cukup duit ke apa ke nanti bagi tau aku lah.” Razif sengaja berkata begitu walaupun dia tahu duit dalam akaun Reza tu berkepuk-kepuk hasil daripada elaun yang papa bagi setiap bulan. Reza tu bukannya suka membazir beli benda bukan-bukan pun. Adiknya itu pandai berjimat-cermat. Buktinya, Reza mampu je kalau nak pakai Baume&Mercier mahupun Audemars Piguet, tapi adiknya itu memilih untuk memakai Luminox Valjoux tu je. Walaupun hidup mereka  adik-beradik dilimpahi kemewahan, Tan Sri Zainal mengajar mereka untuk hidup secara bersederhana.

“Takpe. Kau simpan la duit kau tu. Dah nak kahwin kan? Majlis nanti confirm nak guna banyak duit.”

“Hmm. Yelah. Tapi kalau ada apa-apa bagi tau aku.”

“Okay, bro.”

“Jangan lupa tempah flight ticket balik Malaysia bulan March next year.”

“Ye, aku tau. Majlis kau mana boleh aku takde. Nak jugak tengok kau bersanding atas pelamin dengan Kak Naili yang ayu, lagi manis tu. Haha.” Seronoknya Razif dah nak kahwin. Kau bila lagi Reza? Heh! Calon pun takde. Eh. Bukan takde. Cuma tak tahu calon tu sudi ke tak menerima dirinya yang serba kekurangan ni.

Razif tergelak. Tapi memang cantik pun bakal isterinya itu. Manis bertudung. Walaupun tidak secantik Lisa Surihani mahupun Nora Danish, cantik pada matanya pun dah cukup. “Kau bila lagi?”
Senyap.

“Ada ke orang yang nak dekat aku ni?” Perlahan Reza bersuara.

“Eh. Yang budak perempuan yang kau tanya hari tu?”

“Aku suka dekat dia.”

“Maka?”

“Aku tak tau nak cakap macam mana.” Reza menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bukannya stok-stok romeo yang pandai mengayat perempuan.

Alahai adik aku sorang ni. Razif tersenyum. “Takpe. Biar abang kau ni tolong.”

Huh?