nuffnang

Sunday, 11 August 2013

Kawasaki Ninja Bumblebee : End

“Abang.”

“Ye sayang?”

“Reen nak tanya something boleh?” Nurul membahasakan dirinya Reen sebab suaminya tak nak panggil dia dengan nama Nurul. Disebabkan Syireen tu macam panjang sangat nak sebut, maka Reza panggil dia Reen je.

Reza yang tadinya duduk di sofa terus berjalan ke katil. Dia bersandar di kepala katil lalu memeluk bahu isterinya itu. “Apa dia, sayang?”

“Kawasaki Ninja Bumblebee tu abang punya kan?” Dah lama dia perasan Kawasaki Ninja tu ada dekat rumah ni.

“Haah. Kenapa?” Rambut isterinya diusap lembut.

“Abang la yang hon Reen dulu eh?”

“Pandai pun sayang abang ni.”

“Tak baik tau abang ni. Nasib baik isteri abang ni takde sakit lemah jantung. Kalau tak mesti abang menyesal tak sudah.”

“Reen tu khusyuk sangat tengok HTC dekat tangan. Kalau kena langgar macam mana? Abang jugak yang susah.” Pipi isterinya dicium.

“Reen nak confess something.”

“Apa dia?”

“Sebenarnya dulu masa dekat UPM, Reen dengan kawan-kawan selalu usha motor abang tu tapi tak pernah tau siapa tuan empunya dia sebab helmet yang abang pakai tu gelap sangat.”

“Oooo. Dah ada crush dekat abang since belajar la ni. Berapa tahun yang lepas tu? 6-7 tahun yang lepas?”

“Lebih kurang la. Hehe.” Nurul tersengih. "Lagi satu, bila masa pulak abang jumpa mama dengan papa dekat Johor? Mana abang dapat alamat rumah Reen?" Nurul menyandarkan kepalanya di dada bidang suaminya. Pinggang suaminya dipeluk.

"Reen kan kerja dekat syarikat papa time tu. Mestilah Abang Razif ada simpan semua maklumat tentang pekerja syarikat. Abang mintak dekat dia la."

Hmm. Betul jugak tu. "Patutlah sampai alamat rumah mama dengan papa yang dekat Johor tu pun abang tau."

"Ye sayang. Abang tak nak la bawak Reen keluar tanpa izin mama dengan papa dulu. Tu yang abang pergi jumpa diorang senyap-senyap." Reza mencium dahi isterinya.

Nurul tersenyum. "Baiknya abang. Siap mintak izin papa dengan mama dulu sebelum bawak anak dara diorang ni keluar."

"Mestilah sayang. Abang kan nak jadi menantu yang baik buat papa dan mama, suami yang mithali buat Reen dan papa yang penyayang buat anak-anak kita." Tangannya mengusap perlahan perut isterinya. "Sekarang ni kosong lagi. InsyaAllah suatu hari nanti akan ada isinya."

Nurul memegang tangan Reza yang mengusap perutnya lalu dibawa ke  mulut. Tangan suaminya itu dikucup penuh syahdu. "InsyaAllah."

“Okay. Sekarang, kita tidur dulu. Abang ada surprise untuk Reen esok.” Pinggang isterinya dipeluk erat.

“Apa dia?”

“Tunggu je la esok.” Dahi isterinya itu dicium perlahan. “Good night, sayang.”

***

“Sayang, sini lah cepat.”

“Kejap la abang.” Hish laki aku ni. Dah la buat idea gila macam ni lepas tu suruh aku cepat la bagai. Gaun ni dah la meleret betul.

Sekarang ini mereka berdua berada di tengah-tengah padang di hadapan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM. Inilah surprise yang dimaksudkan oleh Reza semalam. Bergambar dengan pakaian pengantin di sekitar kawasan UPM. Kononnya nak mengembalikan nostalgia zaman dulu-dulu. Nostalgialah sangat kalau tengah-tengah panas ni pakai gaun meleret bagai. Seksa betul.

Dari kolej kediaman sehinggalah ke Pusat Ekuin, padang golf, library, Bukit Ekspo, semua mereka dah pergi. Ni yang paling last la dekat depan PKKSSAAS ni. Bergambar dengan kuda sudah, bergambar dengan junior-junior mereka pun sudah. Dan yang paling tak tahan sekali, mereka bergambar dengan Kawasaki Ninja milik Reza. Konon jodoh disebabkan oleh Kawasaki tu lah ni.

“Come.” Reza menggenggam tangan Nurul. Sebelah lagi tangannya memeluk pinggang isterinya itu.

“Okay. Last shot!” Kedengaran suara photographer a.k.a Que, sepupu Reza memberi arahan. Nurul baru tau Que yang dah selamat menjadi suami Tisya tu rupanya sepupu Reza. Dia tau pun masa dia menghadiri majlis perkahwinan Que dengan Tisya yang dilangsungkan beberapa bulan sebelum majlis akad nikah dia dengan Reza.

Mereka berdua pun melakukan berbagai-bagai gaya dengan bersungguh sebab masing-masing dah penat dan nak cepat balik berehat.

“Okay. Done. Gambar korang sumpah lawa!”

“Tengok la pengantin lelaki dia handsome macam mana.” Reza berkata dengan nada bergurau.

“Heleh. Perasan betul laki kau ni, Nurul.”

Nurul hanya ketawa.

Reza memeluk pinggang Nurul dengan lebih erat. “Sayang.”

Dia dah buat dah suara manja menggoda dia tu. “Ye, abang.” Nurul memandang tepat ke dalam anak mata hitam pekat milik suaminya itu.

“Thanks for making me the happiest man alive.”

“Dan terima kasih kepada Allah sebab dah menentukan jodoh Reen dengan abang.” Nurul tersenyum memandang suaminya. “I love you so much, abang.”

“I love you more, sayang.”

Wednesday, 7 August 2013

Kawasaki Ninja Bumblebee 3

Ahhhh! Alangkah indahnya pagi Ahad ini. Dapat bergolek-golek atas katil tanpa perlu tergesa-gesa bersiap pergi office, tak perlu meredah jalan yang sesak semedang tu. Nurul memeluk Charco pemberian Tisya pada hari lahirnya yang ke-21 dengan lebih erat. Tiba-tiba HTC di atas meja di tepi katil melagukan One Shot. HTC dicapai dengan malas. Siapa pulak yang call aku pagi Ahad macam ni, ni? Gangguan teknologi betul la. Nama pemanggil dilihat sebelum dia menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Dear, jom teman I pergi shopping hari ni.” Ceria kedengaran suara yang di sebelah sana.

Malasnya! “Awak tau tak hari ni hari apa?”

“Tau. Sebab tu la I ajak you teman I hari ni.”

“Saya tak nak.”

“But dear, I dah ada dekat depan rumah you.”

Pulak dahhh. Nurul menepuk dahinya. Masalah betul la. “Yelah. Tunggu kejap saya siap sekarang. Bye. Assalamualaikum.” Nurul segera bangun dari katil. Dia perlu segera bersiap. Bukan dia tak tau si Reza tu. Kalau dia cakap tak nak nanti, Reza akan buat dia cakap ‘ya’ no matter what.

Setelah bersiap ala kadar, Nurul segera keluar dari biliknya.

“Buah hati kau dah lama tunggu dekat luar tu haa.” Tisya yang sedang menonton Phineas & Ferb tu memandang ke arah Nurul.

“Buah hati la sangat.” Nurul menyarungkan wedges ke kaki. “Kau tak keluar dating pulak dengan tunang kau tu hari ni?”

“Que outstation pergi Australia dua minggu.”

Ohh. Padan la melekat kat rumah je. “Aku gerak dulu. Nak kirim apa-apa tak?”

“Bawak balik makanan untuk aku. Anything will do.”

“Okay.” Nurul melangkah keluar dari rumah. Memang betul pun Nissan Skyline milik Reza ada di depan rumahnya. Pintu kereta dibuka. “Sorry. Awak ni lainkali kalau nak ajak keluar bagi la tau awal-awal.”

Reza tersenyum. “Takpe. I sanggup tunggu you sampai bila-bila.”

Alahai romeo sorang ni, saja nak bagi aku cair dengan senyuman membunuh dan ayat-ayat cheesy dia tu. “Ye sangat la tu.”

“Kalau tak percaya ambillah kapak, belahlah dada, x-ray lah hati I ni.”

Nurul diam. Malas nak layan. Makin dilayan karang makin menjadi-jadi pulak nanti. Dia membuang pandangan ke arah jalan raya. Okay. Dia nak shopping dekat KLCC. Nurul dapat mengagak berdasarkan jalan yang mereka lalui ini.

“You nak shopping apa sebenarnya ni?” Nurul bertanya sebaik sahaja dia dan Reza melangkah masuk ke dalam Isetan.

“I nak cari hadiah untuk abang dengan Kak Naili.”

“Awalnya awak nak cari. Wedding diorang tahun depan la.”

“Saja nak cari awal tak boleh ke?”

Eii! “Suka hati awak la.” Guna duit dia, bukannya guna duit kau pun Nurul oi. Ikut je la.

Penatnya! Nurul mengeluh perlahan. Aku ingatkan perempuan je yang suka shopping. Tapi mamat ni shopping lagi lama daripada aku shopping. Rasanya sudah hampir semua butik yang wujud dekat KLCC ni mereka masuk-keluar-masuk-keluar tapi satu apa pun si Reza ni tak beli.

“Jom masuk sini kejap.” Tiba-tiba Reza bersuara.

Eh. Dah kenapa tiba-tiba ajak aku masuk Tiffany & Co. pulak ni? Tapi Nurul hanya menurut langkah Reza.

“Tolong I carikan wedding band. Yang sepasang punya tau! You pilih je mana-mana design yang you rasa lawa.”

“Untuk siapa pulak ni?”

“Untuk abang dengan Kak Naili la.”

Oh. “Okay.”

Setelah selesai memilih dan membayar, mereka menuju ke restaurant McDonalds. Nurul sendiri yang pilih nak makan disitu bila Reza kata dia nak belanja. Dia tak nak Reza fikir yang dia ni pisau cukur atau yang seangkatan dengannya. Lagipun dia memang teringin sangat nak makan Spicy Chicken McDeluxe kegemarannya.

“Dear.”

Suka sangat buat suara mengada macam tu mamat ni. “Kenapa lagi?” Ketika itu mereka dalam perjalanan balik ke rumah.

“I have something to tell you.”

“Apa dia?”

“Esok I dah nak fly pergi Manchester.”

He what? Nurul rasa jantungnya macam berhenti berdegup buat seketika. Kenapa dia rasa macam sedih? “Oh. Awak buat apa pergi sana?”

Reza perasan riak muka gadis di sebelahnya ini berubah sedikit. “I nak sambung master.”

“Berapa lama?”

“Dalam setahun macam tu la.”

Oh. “Okay.” Setahun takde la lama sangat Nurul. Kan? Tak lama kan?

“Dear, you sedih ke? Kalau you tak nak I pergi I tak pergi.”

Saya rasa macam tak nak bagi awak pergi. “Eh. Boleh pulak macam tu. Takdelah. Buat apa saya nak sedih? Saya gembira untuk awak. Seronoknya dapat belajar dekat negara orang.” Nurul menarik senyum terpaksa.

“Betul ni?”

“Betul la.”

Suasana sepi menyelubungi mereka berdua buat seketika.

“Okay. Dah sampai.”

“Thanks sebab belanja saya makan. Have a safe flight tomorrow.” Nurul ingin segera keluar daripada kereta tersebut.

“Dear.”

“Hmm?”

Reza mencapai beg Tiffany & Co. di seat belakang. “Ni sebenarnya untuk you.”

Huh?

“Will you make me the happiest man alive, my dear Nurul Syireen?” kotak yang mengandungi sebentuk cincin platinum tu dibuka.

Eh?

“I tak mintak jawapan daripada you sekarang. I nak you pakai cincin ni bila you dah terima I.”

Oh. “Okay. Saya masuk dalam dulu. Assalamualaikum.” Kotak ditangan Reza dicapai.

Reza menjawab salam dalam hati. “Dear.”

“Hmm?”

“I love you. Good night.” Dan kereta tersebut terus meluncur meninggalkan kawasan perumahan Taman Batu Caves itu.

“I think I love you too, Reza.” Kata Nurul setelah Nissan Skyline itu hilang dari pandangan matanya.

***

Sudah beberapa bulan Reza terbang ke Manchester dan sudah beberapa bulan juga la Nurul asyik termenung. Reza tidak pernah menghubunginya sejak kali terakhir mereka keluar bersama beberapa bulan yang lepas. Cincin Tiffany di dalam kotak itu direnung. Walaupun dia tak pakai cincin tu, dia tetap membawanya ke mana sahaja dia melangkah. Tak kira la ke pejabat mahupun ketika keluar membeli barang keperluan di Giant. Tisya pernah tanya kenapa dia tak pakai saja cincin tu kalau dah bawa ke hulu ke hilir. Dan dia jawab :

“Tiffany tu mahal sangat. Aku takut jari aku kena kerat je nanti dek perompak.”

Lepas dia jawab macam tu, Tisya terus tak cakap apa-apa. Bersetuju dengan alasannya barangkali.

Sudah beberapa kali juga dia melakukan solat sunat istikharah dan jawapan kepada solat sunat tersebut positif menunjuk ke arah Reza.

Tok! Tok!

“Masuklah. Pintu bilik aku tak kunci pun.”

Kepala Tisya tersembul di sebalik pintu yang dibuka separuh. “Kau tak siap lagi? Dah pukul berapa dah ni cik kak oi!”

“Pukul berapa?”

“Dah pukul 6.30 dah ni. Majlis tu pukul 8.30. Kau dah la tak mandi lagi semua tu.”

“Seriously?” Kelam kabut Nurul bangun menuju ke bilik air. Nasib baik baju kurung biru tu dah gosok siap-siap semalam.

Selesai saja mandi dan bersiap, Nurul mencapai HTC di atas katil. Ada 5 missed call dan satu mesej. Mesej dibuka.

+ Dear, I’ll pick you up at 8.

Huh? Nama penghantar dilihat. Reza. Hah? Reza?

Nurul melihat jam di dinding. 7.45 malam. Sempat nak solat Maghrib dulu ni. Nasib baik dia memang dah ambil wuduk siap-siap. Bila pulak dia balik sini? Eh. Abang dia kahwin mestilah dia balik. Apalah kau ni Nurul.

Setelah siap menunaikan solat, dia bersolek ala kadar. Mana boleh over sangat. Nanti overshadow pengantin pulak. Haha. Kemudian selendang berwarna biru dililit di kepala.  Terdengar bunyi hon di luar rumah menandakan Reza sudah sampai.

Ish. Kenapa rasa berdebar pulak ni? Macam aku pulak yang bersanding. Kotak Tiffany di atas meja dibuka. Nak pakai ke tak nak? Nak? Tak nak? Setelah puas berperang dengan hati sendiri, akhirnya cincin platinum tersebut selamat tersarung di jari manisnya. Dorothy Perkins White Metal Décor Clutch di atas katil dicapai. Dia keluar dari bilik.

“Tisya, aku pergi dulu eh?” Kiss&Tell Ashleigh Pumps dikeluarkan dari rak kasut lalu disarungkan ke kaki.

“Okay. Jumpa kat sana nanti.”

Nurul melangkah keluar dari rumah menuju ke Nissan Skyline yang setia menanti di depan rumah. Pintu kereta dibuka lalu dia melabuhkan punggung di sebelah tempat pemandu.

“I miss you so much, dear.”

Itu ayat pertama yang dia dengar dari mulut lelaki di sebelahnya itu. I miss you more, Reza.

“Dear.”

Ahhh. Rindunya dia pada suara mengada Reza ini. “Apa dia?”

“You terima I dengan ikhlas ke?”

Huh? Dahi Nurul berkerut sedikit.

“Tu.” Reza menunjuk ke arah Tiffany yang tersarung di jari manis gadis di sebelahnya itu.

Nurul tersenyum. Ikhlas. “Kalau tak, saya tak pakai cincin ni.”

Reza rasa macam nak melompat disaat itu. Oh gembiranya dalam hati. Hatinya rasa kembang semacam je sekarang ni. Senyuman lebar terus terukir dibibirnya.

“Awak yang suruh Kak Naili belikan baju ni untuk saya eh?”

“Mana you tau?”

“Kak Naili yang bagi tau saya.” Nurul memandang Reza. “Kenapa awak mintak dia belikan baju ni untuk saya? Jovian Mandagie dah la mahal.”

Reza tersenyum. Cik Nurul Syireen di sebelahnya ini sentiasa bersederhana. Padahal baju kurung Jovian Mandagie tu takde lah mahal mana kut bagi anak seorang doktor pakar macam gadis di sebelahnya ini. Lebih mahal daripada tu pun dia mampu beli rasanya. Mana dia tahu papa Nurul ni seorang doktor pakar? Haaa. Dia bukan jenis yang suka angkut anak dara orang keluar tanpa pengetahuan parents diorang. Dia dah beberapa kali berjumpa dengan mama dan papa Nurul yang menetap di Johor. Gadis di sebelahnya ini tak tau sebab dia yang meminta mama dan papa Nurul supaya merahsiakan perkara tersebut.

“I tak kisah pun nak berhabis duit untuk you.”

“Reza, lainkali jangan terlalu melimpahkan kemewahan awak untuk saya. Saya takut nanti saya jadi lupa diri.”

Oh. Bertuahnya aku dapat bakal isteri yang sentiasa beringat macam Cik Nurul Syireen di sebelahnya ini. “Okay. Tapi I ada lagi satu benda nak bagi dekat you.”

“Apa benda?”

“Nanti dah sampai dekat hotel tu I bagi dekat you.”

“Okay.” Dah nak dekat sampai pun, Nurul.

15 minit kemudian Nissan Skyline itu berhenti di pekarangan hotel. Mereka berdua keluar dari kereta. Reza menyerahkan kunci kereta kepada pekerja hotel tersebut.

“Dear.” Reza berjalan beriringan dengan Nurul masuk ke lobi hotel.

“Hmm?”

“I nak bagi you ni.” Pandora Charm Bracelet dikeluarkan dari poket baju melayu biru yang dipakainya.

Oh my god. Siap ada charm ‘SYIREEN’ lagi. Dia dapat mengagak yang Pandora Charm Bracelet tu harga beribu kut. Rahang Nurul jatuh sedikit ke bawah. “Janji dengan saya ni last awak bagi benda yang mahal-mahal macam ni dekat saya.”

Reza memakaikan bracelet tu di tangan Nurul. “I tak berani nak janji dengan you. Tapi kalau kadang-kadang boleh kan?”

Nurul diam. Tidak mengiakan dan tidak menidakkan sebab dia tau kalau dia cakap tak boleh pun Reza akan tetap bagi. Dia membelek bracelet platinum di tangan kanannya itu. Lawa. Sama lawa dengan harga dia.

“Dah. Jom masuk dewan. Majlis dah nak mula dah tu.”

“Kenapa awak mintak Kak Naili belikan baju warna biru untuk saya?” Nurul bertanya semasa mereka sedang makan di meja bulat itu.

“Sebab my family semua pakai warna biru. Nanti senang la I nak kenalkan dekat orang lain yang you ni bakal isteri I. Bakal jadi sebahagian daripada keluarga I.”

Tangan Nurul terhenti daripada menyuap makanan. Darah merah menyerbu mukanya sebaik sahaja Reza menuturkan perkataan ‘bakal isteri’ itu. Malu woi malu!

Setelah selesai makan, Reza meminta diri untuk pergi ke pentas berdekatan dengan pelamin.

“Baiklah para hadirin yang dihormati, Encik Reza Muhaimin kita ni nak buat confession. Apa la agaknya tu ye Encik Reza?” pengacara majlis bertanya kepada Reza dalam nada bergurau.

Mikrofon di tangan pengacara majlis diambil oleh Reza. “Sebenarnya hati saya dah dicuri oleh seseorang. Jadi hari ni, saat ini, saya nak tanya dekat orang tu boleh tak kalau saya nak curi hati dia pulak.” Reza berjalan mendekati Nurul yang sedang duduk di meja bulat bersama kawan-kawan mereka yang lain. “Nurul Syireen Binti Zamri, will you make me the happiest man alive? Will you do me the honour of becoming my wife?” Reza melutut sebelah kaki di hadapan Nurul yang sedang duduk di atas kerusi di meja bulat itu.

Nurul terdiam. Suasana senyap menyelubungi dewan tersebut. Terasa seperti seisi dewan sedang menumpukan perhatian terhadap mereka. Jantungnya terasa seperti hendak melompat keluar. Matanya sudah mula berair. “Yes, I will.” Serentak dengan itu, air mata kegembiraan mengalir di pipinya.

Seisi dewan bersorak apabila mendengar jawapan Nurul. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Rasa macam dah overshadow pengantin pulak sekarang ni.

“Dear, I balik summer break nanti kita bertunang. After I habis master kita kahwin, okay?”

Huh? Cepatnyaaaa!!!

Saturday, 3 August 2013

Kawasaki Ninja Bumblebee 2

“Nurul, saya bagi awak cuti hari ni. Tapi awak kena teman tunang saya beli barang hantaran.” Razif mengeluarkan arahan kepada pekerjanya yang seorang itu.

Huh? Apesal aku pulak yang kena teman tunang encik bos ni pergi shopping barang hantaran? Secretary dia takde ke? “Err.. baik bos. Macam mana saya nak jumpa dengan tunang bos tu?”

“Awak kemas barang awak. Pak Jalil dah tunggu dekat bawah.”

“Oh. Okay.” Tanpa berlengah Nurul mengemaskan Miu Miu Leather Pouch berwarna hitam miliknya.

“Ni contact number tunang saya. Saya dah bagi number awak pada dia. Mungkin sekejap lagi dia akan call awak.” Razif menghulurkan sekeping kertas yang mengandungi nombor telefon Naili kepada Nurul.

Nurul mengambil kertas tersebut. “Err.. Encik Razif, what should I address your fiancée?”

Razif tersenyum. “Panggil je dia Kak Naili.”

“Err..”

“Apa lagi Nurul?”

“Dia peramah tak? Dia tak garang kan?” riak risau jelas terpancar di muka Nurul.

Razif rasa macam nak tergelak waktu tu. Rasanya dia dah tahu kenapa Reza terpikat dengan gadis kecil molek ini. “Tak. Dia baik. Sangat baik. Dan peramah.” Dan dia dah tak sabar nak berkenalan dengan bakal biras dia. Namun ayat tu hanya disambung dalam hati.

“Baiklah. Pak Jalil dah ada dekat bawah kan, Encik Razif? Saya gerak dulu la kalau macam tu.” Nurul meminta diri untuk beredar.

Sebaik sahaja Nurul hilang dari pandangan mata, Razif mengeluarkan iPhone dari dalam poket seluar.

“Hello Reza.”

***

Nurul melihat Tommy Hilfiger Moab White Leather Watch ditangan. 5.30 petang. Sehari suntuk dia menemani Kak Naili a.k.a tunang encik bosnya ini shopping membeli barang hantaran. Memang betul cakap bosnya itu bahawa Kak Naili memang sangat baik dan peramah. Memang tak rugi dia menemani wanita itu hari. Dah lah dapat cuti. Dapat pergi shopping. Kak Naili siap belanja dia sepasang baju kurung Jovian Mandagie berwarna biru.

“Ni akak belanja. Pakai baju ni masa datang wedding akak nanti tau!”

Pada mulanya dia menolak. Tapi apabila Kak Naili memujuknya agar menerima pemberian itu, dia jadi tak sampai hati untuk menolak sekali lagi. So Nurul, nanti kena pakai baju ni masa wedding bos dengan Kak Naili.

“Bos datang ambil akak pukul berapa ni?” Iced Caffe Latte dalam gelas dikacau perlahan dengan penyedut minuman. Dia kini sedang duduk di Starbucks bersama Kak Naili. Menanti bosnya datang menjemput tunang tersayang.

“Sepatutnya sekarang ni lah.” Naili memerhatikan orang yang lalu lalang. “Hah! Tu pun bos awak tu dah sampai.”

Nurul menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Kak Naili. Eh. Macam kenal mamat yang berjalan dekat sebelah bos tu.

“Terima kasih la Nurul sebab temankan Kak Naili ni shopping. Saya busy sikit sekarang ni.” Razif segera berdiri di sebelah Naili.

“Takpe bos. Seronok dapat kenal dengan Kak Naili ni. Beruntung bos dapat isteri macam dia.” Nurul tersenyum. Pujian itu ikhlas lahir dari hatinya.

“Reza, kau hantarkan Nurul balik. Aku nak hantar Naili.”

Oh. Nama dia Reza. Noted. “Err.. takpelah bos. Saya boleh balik sendiri.” Biar betul bos ni nak suruh aku balik dengan mamat ni. Blergh!

“Eh. Takpe. Biar adik saya ni je yang hantar awak balik. Sebagai tanda terima kasih saya kepada awak. Saya harap awak tak menolak.” Razif memandang wajah gadis di hadapannya itu.

Serba salah Nurul dibuatnya. “Hmm. Baiklah.” Dia memang tak sampai hati nak menolak ajakan orang yang baik-baik macam bosnya itu. Hmm. Adik bos rupanya.

Razif dan Naili tersenyum. Misi pertama berjaya!

“Jaga dia elok-elok.” Razif menepuk–nepuk bahu Reza.

Reza tersengih memandang Razif dan Naili. Mulutnya digerakkan mengucapkan ‘thanks’ tanpa suara. “Silakan Cik Nurul Syireen.” Reza segera berdiri di sebelah gadis itu.

Oh my, kuatnya bau Polo Black. Wangi! “Err.. haa.. okay okay.” Nurul berjalan beriringan dengan Reza.

“Kita dinner dulu eh? I’ll not take no as the answer.” Reza bersuara sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam Nissan Skyline milik Reza. Satu ajakan yang lebih kepada arahan sebenarnya.

Huh? Suka-suka hati je. Nurul mula memasamkan muka.

Reza menjeling ke kirinya. Eh, merajuk ke? “Jangan la buat muka macam tu sayang. Buruk la you buat muka macam tu.”

“Siapa sayang awak?” terasa bergetar dada Nurul tatkala perkataan ‘sayang’ tu lahir dari bibir lelaki yang sedang memandu di sebelahnya.

“Eh. You la dear. Siapa lagi?” Reza tersenyum nakal.

“Suka hati awak la!”

“Okay sayang. Kalau you tak nak I sayang, dear, sugar, honey bunny, honey madu  kan you baik you senyum.”

Ughh! Tension aku duduk dalam kereta ni. “Yela.” Nurul memaniskan muka.

“Macam ni la bakal isteri I.” selamba Reza berkata.

Eh? “Siapa yang nak jadi wife awak?”

“Awak la, dear.” Reza tersenyum memandang Nurul sebelum menumpukan kembali perhatian ke jalan raya

“Takde maknanya!” Nurul berpeluk tubuh.

“You, pinjam phone kejap. I nak bagi tau bos you tu yang I bawak you pergi makan dulu.”

“iPhone awak tu kan ada.” Nurul merujuk kepada iPhone putih yang berada di atas dashboard kereta tersebut.

“Phone I habis battery.”

“Yelah.” Nurul menyelongkar Mui Mui Leather Pouch di pangkuannya. Malas nak bertekak dengan pakcik yang tengah memandu di sebelahnya tu. “Nah!” HTC putih tersebut bertukar tangan.

Screen HTC ditekan-tekan. Tidak lama kemudian iPhone di atas dashboard itu berbunyi.

“I’ll keep your number safe with me.” Reza tersengih memandang wajah yang sudah memerah di sebelahnya. Geram barangkali.

“Awak! Kalau nak number saya tu cakap je la. Tak payah nak buat taktik keji macam ni.” Nurul rasa macam nak telan manusia di sebelahnya ini.

“You ni makin comel la bila marah. Kalau macam ni hari-hari I sanggup kena marah dengan you.”

Eii! Main-main pulak mamat ni. Lelaki di sebelahnya itu dijeling.

“You jeling-jeling dekat I macam tu lagi I sayang dekat you, dear.”

Nurul menarik nafas. Okay. Sekarang ni betul dia rasa nak telan orang dekat sebelah ni hidup-hidup.

***

“Syireen.”

“Yeap.” Pergerakan Nurul yang ingin membuka tali pinggang keledar terhenti seketika. Mereka kini berada di hadapan rumah sewa Nurul.

“Thanks sebab sudi teman I dinner.”

Nurul membuka tali pinggang keledar. “Saya kena paksa, remember?”

“You rasa terpaksa sangat ke?”

Nurul tersenyum. “Takdelah. Apabila dah kenal awak, saya rasa awak ni okay je.”

“Okay yang macam mana tu?” Reza menginginkan kepastian.

“Okay la. Boleh buat jadi kawan.” Nurul membuka pintu kereta.

Oh. Kawan. “So, I boleh ajak you keluar lagi kan lainkali?” Tolonglah boleh. Tolonglah boleh.

Nurul tersenyum. “Tengok la macam mana nanti.”

“I’ll call you later okay?” Reza membalas senyuman Nurul.

Wahai Encik Reza, tolonglah jangan senyum macam tu kerana sesungguhnya jantung saya macam dah tak berfungsi dengan betul bila tengok senyuman tu. “Hmm. Okay.” Nurul melangkah keluar dari Nissan Skyline putih tersebut.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Setelah Nissan Skyline tersebut hilang dari pandangan matanya, Nurul terus masuk ke dalam rumah.

“Seronok dating?” Tisya yang sedang menonton CSI memandang ke arah Nurul yang baru masuk ke dalam rumah.

“Banyak la kau punya dating. Aku kena paksa teman dia pergi dinner.” Nurul menghempaskan dirinya di atas sofa. Penat berjalan sehari suntuk. Mata dilelapkan seketika.

“Hoi! Pergi mandi dulu la kut ye pun.”

Dengan malas Nurul membuka matanya. “Yelah.” Dia bangun menuju ke biliknya. Hendak mandi dan solat.

Setelah selesai mandi dan solat, Nurul merebahkan badannya di atas katil. Baru sahaja dia hendak melelapkan mata, tiba-tiba terdengar suara Daehyun dan Youngjae menyanyikan chorus lagu One Shot. HTC di atas meja di tepi katil diambil dengan malas.

“Hello, assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam. Dear, you tengah buat apa?”

“Saya bukan rusa. Tak payah nak dear dear sangat lah.”

“Tak kira. I nak panggil dear jugak.”

“Suka hati awak la.”

Malas nak layan. Tapi malas nak layan pun kau suka kan, Nurul?

“Eleh. Cakap je la you suka bila I panggil you ‘dear’.”

Nurul tersentak. Adakah mamat ni keturunan Edward Cullen yang boleh baca fikiran orang tu?

“Dah la. Malas nak cakap dengan awak. Saya nak tidur ni.

“Tidur nanti mimpikan I tau, dear! Good night.”

“I hate nightmares.”

“Dear.”

Ni dah kenapa suara mengada semacam ni? “Apa lagi?”

“I love you.”

Sungguh di saat itu Nurul rasa macam nak pengsan.