Ahhhh! Alangkah indahnya pagi Ahad ini. Dapat bergolek-golek atas katil tanpa perlu tergesa-gesa bersiap pergi office, tak perlu meredah jalan yang sesak semedang tu. Nurul memeluk Charco pemberian Tisya pada hari lahirnya yang ke-21 dengan lebih erat. Tiba-tiba HTC di atas meja di tepi katil melagukan One Shot. HTC dicapai dengan malas. Siapa pulak yang call aku pagi Ahad macam ni, ni? Gangguan teknologi betul la. Nama pemanggil dilihat sebelum dia menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Dear, jom teman I pergi shopping hari ni.” Ceria kedengaran suara yang di sebelah sana.
Malasnya! “Awak tau tak hari ni hari apa?”
“Tau. Sebab tu la I ajak you teman I hari ni.”
“Saya tak nak.”
“But dear, I dah ada dekat depan rumah you.”
Pulak dahhh. Nurul menepuk dahinya. Masalah betul la. “Yelah. Tunggu kejap saya siap sekarang. Bye. Assalamualaikum.” Nurul segera bangun dari katil. Dia perlu segera bersiap. Bukan dia tak tau si Reza tu. Kalau dia cakap tak nak nanti, Reza akan buat dia cakap ‘ya’ no matter what.
Setelah bersiap ala kadar, Nurul segera keluar dari biliknya.
“Buah hati kau dah lama tunggu dekat luar tu haa.” Tisya yang sedang menonton Phineas & Ferb tu memandang ke arah Nurul.
“Buah hati la sangat.” Nurul menyarungkan wedges ke kaki. “Kau tak keluar dating pulak dengan tunang kau tu hari ni?”
“Que outstation pergi Australia dua minggu.”
Ohh. Padan la melekat kat rumah je. “Aku gerak dulu. Nak kirim apa-apa tak?”
“Bawak balik makanan untuk aku. Anything will do.”
“Okay.” Nurul melangkah keluar dari rumah. Memang betul pun Nissan Skyline milik Reza ada di depan rumahnya. Pintu kereta dibuka. “Sorry. Awak ni lainkali kalau nak ajak keluar bagi la tau awal-awal.”
Reza tersenyum. “Takpe. I sanggup tunggu you sampai bila-bila.”
Alahai romeo sorang ni, saja nak bagi aku cair dengan senyuman membunuh dan ayat-ayat cheesy dia tu. “Ye sangat la tu.”
“Kalau tak percaya ambillah kapak, belahlah dada, x-ray lah hati I ni.”
Nurul diam. Malas nak layan. Makin dilayan karang makin menjadi-jadi pulak nanti. Dia membuang pandangan ke arah jalan raya. Okay. Dia nak shopping dekat KLCC. Nurul dapat mengagak berdasarkan jalan yang mereka lalui ini.
“You nak shopping apa sebenarnya ni?” Nurul bertanya sebaik sahaja dia dan Reza melangkah masuk ke dalam Isetan.
“I nak cari hadiah untuk abang dengan Kak Naili.”
“Awalnya awak nak cari. Wedding diorang tahun depan la.”
“Saja nak cari awal tak boleh ke?”
Eii! “Suka hati awak la.” Guna duit dia, bukannya guna duit kau pun Nurul oi. Ikut je la.
Penatnya! Nurul mengeluh perlahan. Aku ingatkan perempuan je yang suka shopping. Tapi mamat ni shopping lagi lama daripada aku shopping. Rasanya sudah hampir semua butik yang wujud dekat KLCC ni mereka masuk-keluar-masuk-keluar tapi satu apa pun si Reza ni tak beli.
“Jom masuk sini kejap.” Tiba-tiba Reza bersuara.
Eh. Dah kenapa tiba-tiba ajak aku masuk Tiffany & Co. pulak ni? Tapi Nurul hanya menurut langkah Reza.
“Tolong I carikan wedding band. Yang sepasang punya tau! You pilih je mana-mana design yang you rasa lawa.”
“Untuk siapa pulak ni?”
“Untuk abang dengan Kak Naili la.”
Oh. “Okay.”
Setelah selesai memilih dan membayar, mereka menuju ke restaurant McDonalds. Nurul sendiri yang pilih nak makan disitu bila Reza kata dia nak belanja. Dia tak nak Reza fikir yang dia ni pisau cukur atau yang seangkatan dengannya. Lagipun dia memang teringin sangat nak makan Spicy Chicken McDeluxe kegemarannya.
“Dear.”
Suka sangat buat suara mengada macam tu mamat ni. “Kenapa lagi?” Ketika itu mereka dalam perjalanan balik ke rumah.
“I have something to tell you.”
“Apa dia?”
“Esok I dah nak fly pergi Manchester.”
He what? Nurul rasa jantungnya macam berhenti berdegup buat seketika. Kenapa dia rasa macam sedih? “Oh. Awak buat apa pergi sana?”
Reza perasan riak muka gadis di sebelahnya ini berubah sedikit. “I nak sambung master.”
“Berapa lama?”
“Dalam setahun macam tu la.”
Oh. “Okay.” Setahun takde la lama sangat Nurul. Kan? Tak lama kan?
“Dear, you sedih ke? Kalau you tak nak I pergi I tak pergi.”
Saya rasa macam tak nak bagi awak pergi. “Eh. Boleh pulak macam tu. Takdelah. Buat apa saya nak sedih? Saya gembira untuk awak. Seronoknya dapat belajar dekat negara orang.” Nurul menarik senyum terpaksa.
“Betul ni?”
“Betul la.”
Suasana sepi menyelubungi mereka berdua buat seketika.
“Okay. Dah sampai.”
“Thanks sebab belanja saya makan. Have a safe flight tomorrow.” Nurul ingin segera keluar daripada kereta tersebut.
“Dear.”
“Hmm?”
Reza mencapai beg Tiffany & Co. di seat belakang. “Ni sebenarnya untuk you.”
Huh?
“Will you make me the happiest man alive, my dear Nurul Syireen?” kotak yang mengandungi sebentuk cincin platinum tu dibuka.
Eh?
“I tak mintak jawapan daripada you sekarang. I nak you pakai cincin ni bila you dah terima I.”
Oh. “Okay. Saya masuk dalam dulu. Assalamualaikum.” Kotak ditangan Reza dicapai.
Reza menjawab salam dalam hati. “Dear.”
“Hmm?”
“I love you. Good night.” Dan kereta tersebut terus meluncur meninggalkan kawasan perumahan Taman Batu Caves itu.
“I think I love you too, Reza.” Kata Nurul setelah Nissan Skyline itu hilang dari pandangan matanya.
***
Sudah beberapa bulan Reza terbang ke Manchester dan sudah beberapa bulan juga la Nurul asyik termenung. Reza tidak pernah menghubunginya sejak kali terakhir mereka keluar bersama beberapa bulan yang lepas. Cincin Tiffany di dalam kotak itu direnung. Walaupun dia tak pakai cincin tu, dia tetap membawanya ke mana sahaja dia melangkah. Tak kira la ke pejabat mahupun ketika keluar membeli barang keperluan di Giant. Tisya pernah tanya kenapa dia tak pakai saja cincin tu kalau dah bawa ke hulu ke hilir. Dan dia jawab :
“Tiffany tu mahal sangat. Aku takut jari aku kena kerat je nanti dek perompak.”
Lepas dia jawab macam tu, Tisya terus tak cakap apa-apa. Bersetuju dengan alasannya barangkali.
Sudah beberapa kali juga dia melakukan solat sunat istikharah dan jawapan kepada solat sunat tersebut positif menunjuk ke arah Reza.
Tok! Tok!
“Masuklah. Pintu bilik aku tak kunci pun.”
Kepala Tisya tersembul di sebalik pintu yang dibuka separuh. “Kau tak siap lagi? Dah pukul berapa dah ni cik kak oi!”
“Pukul berapa?”
“Dah pukul 6.30 dah ni. Majlis tu pukul 8.30. Kau dah la tak mandi lagi semua tu.”
“Seriously?” Kelam kabut Nurul bangun menuju ke bilik air. Nasib baik baju kurung biru tu dah gosok siap-siap semalam.
Selesai saja mandi dan bersiap, Nurul mencapai HTC di atas katil. Ada 5 missed call dan satu mesej. Mesej dibuka.
+ Dear, I’ll pick you up at 8.
Huh? Nama penghantar dilihat. Reza. Hah? Reza?
Nurul melihat jam di dinding. 7.45 malam. Sempat nak solat Maghrib dulu ni. Nasib baik dia memang dah ambil wuduk siap-siap. Bila pulak dia balik sini? Eh. Abang dia kahwin mestilah dia balik. Apalah kau ni Nurul.
Setelah siap menunaikan solat, dia bersolek ala kadar. Mana boleh over sangat. Nanti overshadow pengantin pulak. Haha. Kemudian selendang berwarna biru dililit di kepala. Terdengar bunyi hon di luar rumah menandakan Reza sudah sampai.
Ish. Kenapa rasa berdebar pulak ni? Macam aku pulak yang bersanding. Kotak Tiffany di atas meja dibuka. Nak pakai ke tak nak? Nak? Tak nak? Setelah puas berperang dengan hati sendiri, akhirnya cincin platinum tersebut selamat tersarung di jari manisnya. Dorothy Perkins White Metal Décor Clutch di atas katil dicapai. Dia keluar dari bilik.
“Tisya, aku pergi dulu eh?” Kiss&Tell Ashleigh Pumps dikeluarkan dari rak kasut lalu disarungkan ke kaki.
“Okay. Jumpa kat sana nanti.”
Nurul melangkah keluar dari rumah menuju ke Nissan Skyline yang setia menanti di depan rumah. Pintu kereta dibuka lalu dia melabuhkan punggung di sebelah tempat pemandu.
“I miss you so much, dear.”
Itu ayat pertama yang dia dengar dari mulut lelaki di sebelahnya itu. I miss you more, Reza.
“Dear.”
Ahhh. Rindunya dia pada suara mengada Reza ini. “Apa dia?”
“You terima I dengan ikhlas ke?”
Huh? Dahi Nurul berkerut sedikit.
“Tu.” Reza menunjuk ke arah Tiffany yang tersarung di jari manis gadis di sebelahnya itu.
Nurul tersenyum. Ikhlas. “Kalau tak, saya tak pakai cincin ni.”
Reza rasa macam nak melompat disaat itu. Oh gembiranya dalam hati. Hatinya rasa kembang semacam je sekarang ni. Senyuman lebar terus terukir dibibirnya.
“Awak yang suruh Kak Naili belikan baju ni untuk saya eh?”
“Mana you tau?”
“Kak Naili yang bagi tau saya.” Nurul memandang Reza. “Kenapa awak mintak dia belikan baju ni untuk saya? Jovian Mandagie dah la mahal.”
Reza tersenyum. Cik Nurul Syireen di sebelahnya ini sentiasa bersederhana. Padahal baju kurung Jovian Mandagie tu takde lah mahal mana kut bagi anak seorang doktor pakar macam gadis di sebelahnya ini. Lebih mahal daripada tu pun dia mampu beli rasanya. Mana dia tahu papa Nurul ni seorang doktor pakar? Haaa. Dia bukan jenis yang suka angkut anak dara orang keluar tanpa pengetahuan parents diorang. Dia dah beberapa kali berjumpa dengan mama dan papa Nurul yang menetap di Johor. Gadis di sebelahnya ini tak tau sebab dia yang meminta mama dan papa Nurul supaya merahsiakan perkara tersebut.
“I tak kisah pun nak berhabis duit untuk you.”
“Reza, lainkali jangan terlalu melimpahkan kemewahan awak untuk saya. Saya takut nanti saya jadi lupa diri.”
Oh. Bertuahnya aku dapat bakal isteri yang sentiasa beringat macam Cik Nurul Syireen di sebelahnya ini. “Okay. Tapi I ada lagi satu benda nak bagi dekat you.”
“Apa benda?”
“Nanti dah sampai dekat hotel tu I bagi dekat you.”
“Okay.” Dah nak dekat sampai pun, Nurul.
15 minit kemudian Nissan Skyline itu berhenti di pekarangan hotel. Mereka berdua keluar dari kereta. Reza menyerahkan kunci kereta kepada pekerja hotel tersebut.
“Dear.” Reza berjalan beriringan dengan Nurul masuk ke lobi hotel.
“Hmm?”
“I nak bagi you ni.” Pandora Charm Bracelet dikeluarkan dari poket baju melayu biru yang dipakainya.
Oh my god. Siap ada charm ‘SYIREEN’ lagi. Dia dapat mengagak yang Pandora Charm Bracelet tu harga beribu kut. Rahang Nurul jatuh sedikit ke bawah. “Janji dengan saya ni last awak bagi benda yang mahal-mahal macam ni dekat saya.”
Reza memakaikan bracelet tu di tangan Nurul. “I tak berani nak janji dengan you. Tapi kalau kadang-kadang boleh kan?”
Nurul diam. Tidak mengiakan dan tidak menidakkan sebab dia tau kalau dia cakap tak boleh pun Reza akan tetap bagi. Dia membelek bracelet platinum di tangan kanannya itu. Lawa. Sama lawa dengan harga dia.
“Dah. Jom masuk dewan. Majlis dah nak mula dah tu.”
“Kenapa awak mintak Kak Naili belikan baju warna biru untuk saya?” Nurul bertanya semasa mereka sedang makan di meja bulat itu.
“Sebab my family semua pakai warna biru. Nanti senang la I nak kenalkan dekat orang lain yang you ni bakal isteri I. Bakal jadi sebahagian daripada keluarga I.”
Tangan Nurul terhenti daripada menyuap makanan. Darah merah menyerbu mukanya sebaik sahaja Reza menuturkan perkataan ‘bakal isteri’ itu. Malu woi malu!
Setelah selesai makan, Reza meminta diri untuk pergi ke pentas berdekatan dengan pelamin.
“Baiklah para hadirin yang dihormati, Encik Reza Muhaimin kita ni nak buat confession. Apa la agaknya tu ye Encik Reza?” pengacara majlis bertanya kepada Reza dalam nada bergurau.
Mikrofon di tangan pengacara majlis diambil oleh Reza. “Sebenarnya hati saya dah dicuri oleh seseorang. Jadi hari ni, saat ini, saya nak tanya dekat orang tu boleh tak kalau saya nak curi hati dia pulak.” Reza berjalan mendekati Nurul yang sedang duduk di meja bulat bersama kawan-kawan mereka yang lain. “Nurul Syireen Binti Zamri, will you make me the happiest man alive? Will you do me the honour of becoming my wife?” Reza melutut sebelah kaki di hadapan Nurul yang sedang duduk di atas kerusi di meja bulat itu.
Nurul terdiam. Suasana senyap menyelubungi dewan tersebut. Terasa seperti seisi dewan sedang menumpukan perhatian terhadap mereka. Jantungnya terasa seperti hendak melompat keluar. Matanya sudah mula berair. “Yes, I will.” Serentak dengan itu, air mata kegembiraan mengalir di pipinya.
Seisi dewan bersorak apabila mendengar jawapan Nurul. Tak kurang juga yang mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. Rasa macam dah overshadow pengantin pulak sekarang ni.
“Dear, I balik summer break nanti kita bertunang. After I habis master kita kahwin, okay?”
Huh? Cepatnyaaaa!!!
No comments:
Post a Comment